Cerita rakyat Cahaya bulan

Dalam cerita rakyat (khususnya cerita rakyat Inggeris), sinar bulan kadangkala dianggap memiliki pengaruh buruk. Misalnya, tidur dalam terang bulan penuh pada malam-malam tertentu dikatakan mampu mengubah seseorang menjadi manusia serigala. Cahaya Bulan dianggap memperburukkan gejala orang gila, dan tidur di bawah sinar bulan mampu menyebabkan orang buta, atau bahkan gila.[4] Terdapat tanggapan bahawa niktalopia (kebutaan malam yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A) disebabkan oleh tidur di bawah sinar bulan di daerah tropik.

"Kebutaan bulan" ialah nama untuk uveitis rekuren kuda. Cahaya bulan tidak lagi dianggap sebagai penyebabnya.

Pada abad ke-16, terdapat dakwaan bahwa susu bulan, iaitu endapan batu kapur putih lembut yang ditemukan di gua-gua, disebabkan oleh sinar bulan.[5]